Watak utama Kyobo (Doraemon)

Doraemon

Ralat Lua pada baris 80 di package.lua: module 'Module:Format link' not found.

Warna biru Disuarakan oleh: Kōsei Tomita (1973), Masako Nozawa (1973), Nobuyo Ōyama (1979 – Mac 2005), Wasabi Mizuta (April 2005 – kini)

Doraemon (Jepun: ドラえもん) merupakan robot kucing jantan dari abad ke-22. Tarikh lahir (tarikh penghasilan) rasmi pada 2 September 2112 di Kilang Robot Matsushiba, Kawasaki, Kanagawa.

Nobita Nobi

Ralat Lua pada baris 80 di package.lua: module 'Module:Format link' not found.

Kanak-kanak: Disuarakan oleh: Yoshiko Ōta (1973), Noriko Ohara (1979 – Mac 2005), Hiroko Maruyama (stand-in untuk Ohara), Megumi Ōhara (April 2005 – kini)Remaja: Disuarakan oleh: Makiko Ōmoto (2000), Mai Kadowaki (2005–2007)Dewasa: Disuarakan oleh: Kōzō Shioya (1984), Shingo Hiromori (1987–1990), Noriko Ohara (2000–2004), Tōru Ōkawa (2005), Hideyuki Hori (2006), Satoshi Tsumabuki (Stand by Me Doraemon)

Nobita Nobi (野比 のび太, Nobi Nobita) merupakan anak tunggal kepada Nobisuke Nobi dan Tamako Nobi. Nobita seorang murid sekolah rendah di Tokyo. Dia biasa dilihat memakai cermin mata, kemeja polo berwarna merah atau kuning berkolar putih dan seluar putih. Karakter Nobita digambarkan penuh dengan kelemahan. Dia seorang yang malas, tidak bijak, lemah, bernasib malang, dan lemah dalam sukan.

Shizuka Minamoto

Kanak-kanak: Disuarakan oleh: Masako Ebisu (1973), Michiko Nomura (1979 – March 2005), Rei Sakuma (2000), Yumi Kakazu (2005–kini)Remaja: Disuarakan oleh: Rei Sakuma (2000)

Shizuka Minamoto (源 静香, Minamoto Shizuka) adalah seorang gadis yang pintar, baik dan comel. Dia adalah kawan terbaik Nobita. Shizuka akan berkahwin dengan Nobita pada masa akan datang. Dia suka makan kentang manis dan untuk bermain biola.

Takeshi Goda

Kanak-kanak: Disuarakan oleh: Kaneta Kimotsuki (1973), Kazuya Tatekabe (1979 – Mac 2005), Subaru Kimura (2005–kini)Remaja: Disuarakan oleh: Kujira (2000)

Takeshi Goda (剛田 武, Gōda Takeshi) juga dikenali sebagai Giant (ジャイアン, Jaian) merupakan kaki buli yang suka mengacau budak-budak lain, terutamanya Nobita. Giant juga gemar menyanyi, dan inilah sesuatu yang paling ditakuti penduduk bandar di sekitarnya kerana nyanyiannya teruk dan terlampau kuat. Namun, dia paling takut akan ibunya sendiri. Sungguhpun sering berkelakuan kasar, Giant amat menyayangi adik perempuannya, Jaiko yang bercita-cita menjadi seorang mangaka (pelukis komik).

Suneo Honekawa

Disuarakan oleh: Shun Yashiro (1973), Kaneta Kimotsuki (1979 – March 2005), Naoki Tatsuta (stand-in untuk Kimotsuki), Tomokazu Seki (April 2005 – kini)

Suneo Honekawa (骨川 スネ夫, Honekawa Suneo) merupakan budak kaya yang celupar dan suka menunjuk-nunjuk harta kekayaan keluarganya di depan Nobita dan kawan-kawan. Dia sering bersama dengan Giant dan bersama-sama membuli Nobita. Sebenarnya Suneo amat bencikan Giant, maka sebab dia membantu Giant membuli Nobita adalah semata-mata untuk memastikan kebebasannya. Dalam permulaan kebanyakan episod Suneo sering menunjuk-nunjuk permainan video barunya atau pelancongan mahal di depan kawan-kawan. Dia juga mempunyai adik lelaki bernama Sunetsugu yang sedang tinggal bersama bapa saudaranya di New York City.